Sunday, November 11, 2018

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

Setelah bertahun lamanya tidak menitipkan kata dimedia ini, akhirnya saya memutuskan untuk membuka kembali halaman ini dengan menyertai satu giveaway mudah dari Maisarah. Simple giveaway ni diadakan sempena her birthday.

Dear Maisarah, wishing you a very happy birthday and all the best in everything you do ! jangan pernah kalah dengan hal-hal negatif tetapi, melangkahlah mengejar setiap impianmu dengan berani. Selamat ulang tahun !

As an 'on-off blogger' and also a reader of your blog, here go my comments about your blog ! 1st impressions, I like the template of your blog (yeah, it's cute !). Secondly, you blog just cool (and yeah I like it !). Thirdly, I can say that you are an active blogger (which is good and I like it). Forth, what else you want to know ? I like you blog.
 
To those of you who wanted to win something special from Maisarah, why not spend your two minutes and follow all the instructions, wishing a happy birthday and maybe, you are the winner. I mean, you and I might be the winner. lol.

Short long entry, this giveaway will be running until 2018, 2nd December. So, what are you waiting ! 



Tuesday, February 2, 2016

Nikmati Saja !

Dunia kurang indah jika kaki hanya berdiri ditempat yang sama selama-lamanya, melainkan itu adalah syurga dan tiada siapa mahu pergi darinya untuk selama-lamanya. Keinginanku selalu ingin berjalan-jalan ditempat yang baru, yang tak pernah saya jejaki sebelumnya.
Nikmati saja
Hal yang selalu membatasi saya dan tempat baru adalah duit. Selalu saja begitu ! tidak punya duit, tidak boleh berjalan. Namun, untuk tahun ini saya akan melanggar kata-kata itu dengan sebuah keberanian. Tidak punya duit yang banyak, masih harus berjalan. Berjalan dan berkelana dibumi yang Tuhan telah berikan kepada ciptaanNya secara percuma. 

Jangan pernah takut lagi. Saya telah pergi ke Singapore, Korea, Thailand, Indonesia, Laos, melihat Myanmar dari sempadan Thailand dan berhasrat melengkapkan impian berjalan-jalan keseluruh negara Asean pada tahun 2016. 

Saya telah mendaki Gunung Kinabalu berkali-kali. Tidak hanya sebelum terjadi gempa bumi malah, selepas itu. Saya pernah rafting dan bot rafting itu terbalik lalu saya tersadai dibawah bot itu dan rasanya 'disinikah segalanya berakhir?' . Pengalaman-pengalaman itu membuat saya sangat terinspirasi bahawa hidup adalah indah dan penuh cabaran dan tidak harus berasa panik untuk menghadapi segala keadaan yang melanda. Satu kata yang selalu saya suka dan akan selalu mengingatnya adalah 'nikmati saja' segala rasa yang ada pada waktu itu kerana waktu itu tidak mungkin akan kembali sama seperti saat dimana kita menghadapinya.

 Ms.PC

Monday, October 13, 2014

Tomyam Seafood Anjung Senja, Tg Lipat


Asal order mesti Tomyam, asal makan mesti tomyam. Yes, saya peminat tomyam ! bagi saya tomyam ada segalanya. Pedas, asam, manis, masin menyatu menjadi satu rasa yang sempurna. Sesetengah orang tidak suka tomyam kerana pedas, katanya.

Tak pedas, tak bestlah ! rasa tu tak berapa nak sampai ke usus kalau tidak pedas. Semakin pedas, semakin sooodapp ! kesan terbaik boleh dirasakan ketika membuang air besar. hahaha. waktu itu kita akan benar-benar berasa seperti berada diawan sembilan. Nikmatnya sungguh terasa :P
Tomyam Seafood

Seperti dalam perancangan sang kepala disiang hari untuk makan tomyam seafood, sang adik tika jam menunjukkan angkah 8 malam mengajak dan merealisasikan keinginan mulutku untuk makan seafood. sesuatu yang indah untuk perutku dan nafsu makanku. terima kasih dan pilihan dibuat untuk menjamu selera adalah Anjung Senja, Tg. Lipat.

Menu pilihan tak lain, tak bukan tentulah Tomyam Seafood ! Rasanya agak pedas tapi sedap. Rasa sekali, esok-esok pasti datang lagi. Apatah lagi jika ia dihidang bersama minuman kegemaran Jus Avacado. Hidangan sempurna, selera terbuka luas. Bak kata tulisan, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut hatiku suka.

Chiao !
Ms.PC

Friday, May 23, 2014

Coral Flyer - ZIPLINE TERPANJANG DI SABAH



Coral Flyer merupakan satu lagi punca mengapa korang harus berada di negeri Sabah Bawah Bayu. Ia merupakan aktiviti Zipline terbaru di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR Park) hanya beberapa minit dari bandaraya Kota Kinabalu.

Coral Flyer ni berukuran 250m dan merupakan zipline terpanjang dari pulau ke pulau, bahkan ia turut merupkan zipline terpanjang didunia.

Coral Flyer ni boleh dijalankan serentak dengan pasangan korang kerana zipline ini tercipta dengan dua bahagian berasingan atau secara bersebelahan. Memang menarik dan pasti merupakan pengalaman terbaik bergayut diatas tali dengan lautan berada dibawah kaki anda. 

From Gaya Island the zipline stretches over a channel that separates it from Sapi Island, one of the smaller islands in the park and where the zipline comes to a rest. Wow !! Visit Malaysia 2014 #Sabah Land Below The Wind. 

Whilst on the zipline flying between the islands, there are plenty of unique views to be enjoyed. The rapidly approaching Sapi Island for one, underscored by the clear waters over the sandbank below as you zoom away from the shrinking Gaya island behind you.

On your left you’ll see fleeting glimpses of the Kota Kinabalu shoreline, whilst on the right there is the endless horison of the South China Sea.

However, with speeds of up to the 65 km/h possible on the Coral Flyer zipline, you might have to make more than 1 trip to enjoy all the views.

An advanced, high-tech ZipStop breaking system from the USA ensures a safe stop at the bottom of Coral Flyer regardless of what speed you might be traveling at.

Coral Flyer is operated by a renowned Sabah-based rigging and safety company with vast experience and an obsession for safety.

Come, Visit Sabah ! VMY2014
Ms.PC

Tuesday, May 20, 2014

Tomyam Kasih Sayang Health & Resort



Wah ! dari pagi hingga petang ni hujan terus. Sejuk bagai udara di tanah tinggi gitu. Baju berlapis tetap terasa gigitan sejuk itu mencengkam tulang-tulangku yang belum rapuh.  Dan untuk jangka waktu yang lama semoga tulang-tulangku tetap kuat dan utuh tanpa menjalani sebarang masalah kesihatan. Ini harapanku bahkan, ia juga menjadi doaku. 

Petang yang dingin , saya senang berkongsi tentang makanan kegemaranku. Masuk Secret Recipe, mesti memesan Tomyam , dimana-mana pun menu yang selalu dipesan adalah Tomyam tetapi, setakat ini Tomyam terbaik yang pernah dinikmati oleh lidah dan mulutku adalah Tomyam Kasih Sayang Health & Resort.

Tom Yam , Kasih Sayang
Sluurrrrpppp ! yummyyyy
Rasanya sempurna – asam, pedas, manis cuma udangnya kurang. Mahu cuba ? datanglah kepuncak bukit Kasih Sayang Helath & Resort, Kokol. Sambil mulut menjamu selera, mata pula disajikan dengan pemandangan yang indah. Suasana yang aman, tenang dan sejuk dan paling best tempat ni adalah bebas dari rokok. 

Memang terbaik ! 

Pengalaman terbaik adalah dicipta dan tercipta.

Ms.PC

Honey BBQ Chicken Rice + Ice Lemon Tea




                                                     
The justice of oath’s man ada bagi duit RM50 katanya untuk staff. So, tengahari ni kena tapau nasi ayam untuk semua staff yang 5 orang itu campur saya 6 oranglah. Hehe. Rezeki jangan ditolak . Kaan…..terima kasih orang tua. Untung banyak kenalah share berkat. Tak gitu ? mau makan chicken chop di Upperstar Restaurant memang tak cukuplah. Kelmarin makan tengahari saya pun habis RM48.90 makan Kari Laksa dan ayam masak merah di Full House Restaurant.  

Hari ni saya sebenarnya nak makan chicken chop tetapi, orang dah bagi duit belanja so, terpaksalah makan benda yang sama iatiu Honey BBQ Chicken Rice  yang berharga RM5.50 . Batalkan niat untuk duduk-duduk dalam Restauran Upperstar itu. Hehe. 
 
Apa-apa pun saya sebenarnya ingin mengurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi demi mengurangkan lemak-lemak tepu didalam badan ini. Supaya ? supaya saya kelihatan ramping dan kembali cergas dalam aktiviti-aktiviti lasak. Seperti ? mendaki gunung, hiking dan sebagainya. Cewah ! Sebenarnya saya ada perancangan untuk mendaki gunung Kinabalu lagi pada tahun 2015. Tahun 2014 saya sudah hubungi  Sabah Park tetapi semuanya sudah fully booked. Mesti booking 6 bulan lebih awal. Hmmm.

Oleh itu, pemakanan saya harus dikawal demi kecergasan dan kesihatan tubuh badanku. :D Untuk lunch free hari ni saya makan Honey BBQ Chicken Rice + Ice lemon tea. Yummy !

Love,
Ms.PC

Monyet Bekantan: Maskot Unik Tahun Melawat Malaysia 2014




Tahun Melawat Malaysia 2014 (singkatan TMM 2014) ialah acara besar-besaran yang dianjurkan di Malaysia. Ini merupakan edisi Tahun Melawat Malaysia yang keempat, selepas tiga usaha sedemikian pada tahun1990, 1994 dan 2007. Acara ini dimulakan pada 4 Januari 2014.

Saya tertarik dengan pemilihan Maskot untuk Tahun Melawat Malaysia 2014, seekor binatang yang hampir pupus Mr Dutch Monkey.  Monyet ini mempunyai kaki yang berselaput serta perenang yang baik. Kera ini diambang kepupusan dan biasanya ditemui di Borneo dan kebanyakannya di Sabah.

Pada masa lalu, haiwan telah digunakan sebagai maskot untuk pelbagai acara yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Penyu bagi Persidangan PATA (Persatuan Pelancongan Asia Pasifik) pada tahun 1986 dan kemudiannya menjadi logo Perbadanan Kemajuan Pelancongan sehingga tahun 1992. Ia juga digunakan sekali lagi untuk Persidangan PATA 2012. Haiwan lain termasuk Orang Utan untuk TMM 1990; enggang untuk acara-acara pelancongan Sarawak dan rusa tikus (kancil) untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2010.

Kali ini, maskot haiwan baru adalah penting untuk mencetuskan lebih banyak keseronokan dan jangkaan untuk TMM 2014. Monyet bekantan, tepat dikenali sebagai monyet berhidung panjang atau "monyet Belanda" (Dutch Monkey) adalah pilihan yang jelas kerana ia terbaik merangkumi semua intipati utama yang amat diperlukan maskot TMM 2014.

Menurut YB Dato 'Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, menjadikan monyet bekantan sebagai maskot adalahuntuk memberitahu dunia yang Malaysia mempunyai biodiversiti yang pelbagai, unik dan menarik. Ia bertepatan dengan slogan "Malaysia Truly Asia" bagi TMM 2014.

Turut bersetuju dengan sentimen Malaysia Truly Asia, monyet sukar difahami ini kepunyaan bagi langur Asia dan merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis yang terdapat di Borneo, terutamanya di Sabah. Ia adalah Asia dalam erti kata dan tuan rumah yang sempurna Malaysia kepada dunia.

Sebagai salah satu spesies monyet terbesar di Asia, mereka dikurniakan dengan beberapa kemahiran hutan yang paling menarik, dari melompat keluar dari pokok dan ke dalam sungai dengan 3 terjunan perut yang melucukan dan kebolehan renang menggunakan kaki berselaput sebahagiannya. Mereka juga antara beberapa haiwan dapat berjalan tegak di masa yang lama. Persembahan yang menakjubkan dan pelbagai kemahiran monyet bekantan, menjadikannya pilihan ideal untuk maskot TMM 2014 dan orang ramai-penarik untuk mendakinya atau pelancong yang ingin pengalaman alam semula jadi TMM 2014.

Selamat melawat Malaysia 2014 !
Ms.PC